Posts

Laporan Kosmo hari ini 26 Sept 2017 memberitahu 4 penjahat Abu Sayyaf didakwa kerana mempunyai rancangan untuk merancang keganasan ketika majlis penutup sukan sea kuala lumpur 2017. Tahniah PDRM diatas kecekapan dalam menangani keganasan. Mereka ini adalah kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang berpengkalan di Filipina. salah seorang yang didakwa ini adalah rakyat Malaysia yang juga ketua kepada kumpulan yang ingin merancang keganasan. Ini merupakan satu kejayaan besar pasukan PDRM kerana Hajar, kerakyatan Sabah yang dikenali juga Abu Asrie ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Jolo, Filipina. Apapun usaha yang lebih gigih diperlukan kerana semua tahu pengganas bukan mudah untuk dikesan namun melalui kemahiran yang ada pada pasukan PDRM semoga aktiviti ini dapat dikawal.